Friday, January 28, 2011

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat ALLAH SWT kerana dgn izin dan kasih sayangNya jua, dapatlah ana menatap blog ana dan mengisi perkongsian sebagai nasihat dan peringatan untuk diri ana terutama dan sahabat2 yang sudi menjenguk ruangan ringkas dan sederhana ini..

Pada ana, walaupun ana tidaklah sehebat dan sepakar sahabat2 lain dalam teknologi canggih sebegini, ana perlu juga untuk berkongsi walaupun sedikit sebagai salah satu usaha ana untuk saham akhirat..insyaALLAH..

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda serta seluruh pejuang-pejuang ISLAM dulu, kini dan selamamya hingga ke hari kiamat..


Untuk kali ni, insyaALLAH, ana nak kongsikan ringkasan mengenai tabarruj dan ikhtilat (percampuran dan pergaulan) yang ana dapat dari seorang ulama wanita mesir yang beliau petik dari Dr. Abdul Karim Zaidan, PhD Baghdad.Mungkin kita sudah sedia maklum tentang perkara ini, maka jadikanlah ia sebagai nasihat bersama..

Menurut beliau..
1. Tabarruj bererti wanita menunjukkan dan memperagakan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki dan merangsang keinginan mereka. ALLAH SWT telah berfirman dalam Surah Al-Ahzab, ayat 32-33 yang bermaksud," Wahai isteri2 Nabi..Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik. Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-oirang jahiliah dahulu, dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah ALLAH dan RasulNya. Sesungguhnya ALLAH bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlulbait dan membersihkan kamu sebersih2nya."

2. Tabarruj yang diharam ialah:
-Tabarruj di luar rumah dengan berhias bukan untuk suami.
-Mendedahkan muka dengan tujuan merangsang keinginan dan syahwat lelaki.
-Bersolek dan berhias berlebihan.
-Menggunakan alat2 solek/make-up.
-Mempercantikkan bibir, alis dan pipi(mempercantikkan raut muka).
-Fesyen-fesyen yang berlebih2an.

3. Ciri pakaian syar'ie wanita ialah:
-Pakaian mestilah meliputi seluruh tubuh wanita.
-Pakaian mestilah longgar dan tidak nipis.
-Bukan pakaian yang mempunyai niloai untuk bermegah-megah dengannya.
-Tidak menyerupai pakaian lelaki.
-Kemas, smart dan ceria dibolehkan.
-Memperlihatkan barang perhiasan diri.Perhiasan yang dibenarkan ialah membersihkan diri dari segala aspek, termasuk membersih sesuatu yang fitrah.Hukum berhias adalah harus selagi ia tidak termasuk ke dalam istilah tabarruj.

4. Tabarruj juga termasuk:
-Bersolek dengan merubah sifat semulajadi.
-Mencabut atau dengan apa jua cara untuk menghilangkan bulu muka. Dibolehkan untuk suami sahaja.
-Mencabut dan membentuk alis. Dibolehkan untuk suami.
-Memerahkan muka. Dibolehkan untuk suami.
-Rambut palsu, wangian berlebihan, celak berlebihan. Dibolehkan untuk suami.

IKHTILAT
1. Bermaksud pergaulan:bercampur antara wanita dan lelaki ajnabi di satu tempat yang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap dan berinteraksi.

2. Tiada nas yang melarang pergaulan. Namun, terdapat beberapa tegahan kepada wanita dalam berikhtilat dengan lelaki ajnabi. Antaranya ialah:
-Wanita bermusafir sendirian tanpa mahram.
-Berkhalwat antara wanita dengan lelaki ajnabi.
-Berjalan beriringan dengan lelaki ajnabi.
-Beberapa hukum khusus untuk wanita dalam ibadat haji.

3. Terdapat beberapa pengecualian kerana keperluan:
-Pergaulan atas sebab darurat.
-Pergaulan atas tujuan muamalah.
-Pergaulan untuk tujuan melaksanakan tugas-tugas kehakiman.
-Pergaulan menunaikan kesaksian.
-Pergaulan atas tugas penguatkuasa undang-undang.
-Pergaulan atas tujuan menghormati tetamu di rumah.
-Pergaulan untuk tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama.
-Pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja syar'ie dengan syarat hukum-hukum Islam lain dipenuhi.
-Pergaulan dalam melakukan kerja-kerja jihad.
-Pergaulan untuk tujuan mendengar ceramah dan ilmu.
-Pergaulan atas sebab kebiasaan dan teradat yang tidak bercanggah dengan syara'. Dalam Kitab Muwatta' oleh Imam Malik, disebutkan, " Wanita (boleh) makan bersama lelaki apabila kebiasaan teradat wanita makan bersama-sama lelaki.
-Pergaulan semasa menziarahi keluarga terdekat dan teman handai pada majlis-majlis tertentu, maka dalam majlis yang sama dengan syarat memelihara adab sopan keislaman dan hukum-hukum Islam.

4. Pergaulan wanita dengan lelaki dalam satu majlis bersama. Ada dua pendapat:
-Pendapat pertama tidak boleh kerana hadis mengenai pengaduan kaum wanita di zaman Rasulullah tentang kelebihan kaum lelaki mendapatkan ilmu, lantas Rasulullah memperuntukkan satu masa belajar khusus bagi wanita.
-Pendapat kedua boleh kerana pergaulan untuk tujuan muamalah dibolehkan, maka pergaulan untuk menuntut ilmu dibolehkan selagi suasana menuntut ilmu jauh dari fitnah.Pengkhususan satu majlis seperti pendapat pertama bukan kerana larangan pergaulan lelaki dan wanita semasa menuntut ilmu, tetapi kerana kaum wanita sentiasa banyak halangan untuk keluar bersama Rasulullah tidak seperti kaum lelai yang sentiasa berpeluang berbuat demikian. Oleh itu, wanita perlu dikhususkan satu masa bersama Rasulullah SAW.

5. Keharusan dalam pergaulan ini hendaklah disertai dengan iltizam yang bersungguh-sungguh , hukum, adab dan tatasusila Islam..
-Menjaga aurat.
-Tidak bertabarruj.
-Tidak mengangkat suara dengan tinggi.
-Tidak bermanja-manja dan melembut-lembutkan suara secara sengaja dengan niat ingin menarik perhatian.
-Menundukkan pandangan, bukan mata galak, bukan curi pandang.
-warak, tapi bukan warak-warak kucing.

Alhamdulillah, demikianlah sedikit perkongsian sebagai usaha kita untuk menambah ilmu dan kefahaman kita agar kita dapat beramal dengan amalan yang soheh dan dengan kefahaman yang betul..Mungkin terdapat perbezaan pendapat dikalangan ulama kontemporari dan mengikut suasana semasa. Apa-apapun, kita cuba melaksanakan perintah2 ALLAH yang jelas hukumnya namun kaedah pelaksanaannya berubah mengikut keperluan.

Ana sememangnya tidak layak untuk memperkatakan tentang soal ini kerana ana juga mempunyai banyak kelemahan dan seringkali melakukan kesilapan, namun apa yang ana kongsikan ini,mudah2an memberi manfaat kepada kita biarpun sedikit.Juga sedikit usaha ini mendapat keberkatan dan diterima di sisiNya, ameen.

Wallahu'alam..

No comments: