Tuesday, December 30, 2008

Ya Allah, berilah kemenangan kepada tentera Mujahidin..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...
Ana ada menerima mesej dari akak sahabiah...
"Salam kepada seluruh aktivis dakwah: lakukan solat hajat (rakaat kedua, qunut nazilah), solat ghaib dab baca Al-Quran berjemaah(Al-Mulk@Taubah@Anfal) khas memohon kemenangan bagi mujahidin, kesabaran pada umat Islam dan kehancuran Israel serta golongan murtaddin dan munafiqin yang bersama mereka. Lakukan bermula malam ini dan berterusan. Wajibkan kepada diri aktivis dulu, dan ajak teman-teman lain. Angka terkini syahid 380 +cedera 1750. Berdoa untuk mereka saat ini adalah fardhu ain.Segera laksanakan.send pd shbt2 lain a.s.a.p."
Ya Allah, bergegar terus diri ini seolah-olah terasa diri ini sedang berada di medan tempur menghadapi tentera kuffar di Gaza. Masyarakat Islam tentu sedang berhadapan dengan ujian terbesar yang menguji kudrat dan upaya setiap insan di sana. Keteguhan hati dan keberanian yang tidak pernah pudar dalam mempertahankan akidah dan semangat yang tidak pernah luntur tentera-tentera ISLAM menjadi bukti ketulusan dan kesucian cinta pada Agama ALLAH dan kalimah-kalimahNYA.
Jika hendak dibandingkan dengan keadaan kita di sini, terlalu besar peluang dan kesempatan yang ALLAH berikan untuk menjalani kehidupan sebagai muslim dan mengurus kehidupan mengikut syariat yang ditetapkan ALLAH. Mereka di sana terpaksa berhadapan dengan bom, peluru, pistol, meriam dan sebagainya untuk mempertahankan ISLAM tapi kita di sini pula perlu berhadapan dengan serangan yang tidak henti-henti dari semua arah dan juga datang dari diri sendiri.
Kita sendiri lihat masyarakat ISLAM diserang dari segi pemikiran dan arus kehidupan yang menghimpit sehinggakan terdapat dikalangan kita yang tidak menyedari hakikat kehidupan yang mempunyai tujuan dan sebab-sebab kita diciptakan. Ada juga yang tidak mengambil kisah perkembangan saudara-saudara ISLAM yang kini sedang berhempas-pulas sehingga terkorban untuk mempertahankan ISLAM dari serangan tentera Zionis yang tidak mengendahkan arahan antarabangsa kerana nafsu telah bermaharajalela sehingga nilai-nilai kemanusiaan bukanlah menjadi sesuatu elemen penting dalam kehidupan tentera -tentera durjana Iblis bertopengkan manusia. Malahan ada dikalangan kita yang membuat tuduhan ISLAM di sana pengganas kerana terlibat dengan peperangan yang tidak berhenti-henti sejak dulu lagi. Semua ini adalah kesan dari penjajahan minda yang masih tidak pulih dan diperbetulkan sehingga manular dikalangan masyarakat ISLAM dan menyebabkan ramai dikalangan umat ISLAM sendiri yang tidak mahu mengambil kisah persekitaran yang berlaku terutama di negara-negara ISLAM yang sedang menghadapi kemelut kehidupan berjuang bermati-matian mempertahankan ISLAM dan tanah air tercinta.
Oleh itu, sedarlah wahai umat ISLAM semua, usahlah kita masih bersenang-lenang bergelak ketawa dan berhibur membuang-buang masa sedangkan saudara seISLAM kita sedang berhadapan dengan suasana perang yang dahsyat. Lakukanlah solat hajat, pohon doa sebanyak-banyakNYA dari ALLAH dan berusahalah sedaya yang termampu memberikan sumbangan dan pengorbanan demi ISLAM tercinta. Berilah kefahaman kepada umat ISLAM bahawa kita perlu bangkit bersama mempertahankan ISLAM dari terus diserang dari pelbagai aspek kehidupan. Sesungguhnya Agama di sisi ALLAH adalah ISLAM...
Doalah selalu,
Pada yang MAHA BERKUASA,
Hanya padaMU, tempat kami memohon pertolongan,
berikanlah kemenangan kepada tentera Mujahidin dan kesabaran kepada umat ISLAM,
Hancurkanlah sehancur-hancurnya kepada tentera kuffar LAKNATULLAH...ameen..

Monday, December 1, 2008

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.
Asif jiddan, setelah sekian lama menyepi, baru dapat meluangkan masa meng'update' blog ini.
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah kandungan
wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam
keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI
KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA
HARI AKHIRAT)

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa,bersedekah
secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith),menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Sudahkah anda menunaikan SOLAT ? Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu
ayat..."