Monday, February 16, 2009










Pintu Kebaikan dan Petunjuk Taqwa

“Telah diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal r.a maka katanya : Hai Rasulullah, khabarkanlah aku amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada neraka.

Sahutnya: Bahawasanya telah engkau tanyakan kepada aku pekerjaan yang amat besar sekali tetapi amat mudah atas siapa-siapa yang berolah kurnia daripada ALLAH Ta’ala. Maka hendaklah engkau sembah ALLAH dan janganlah engkau memepersekutukan dengan suatu apapun. Dirikanlah sembahyang 5 waktu, bayarkan harta zakat, puasa di Bulan Ramadhan dan pergilah naik haji kepada Baitullah.

Kemudian katanya lagi: Bukankah telah aku tunjukkan kepada engkau beberapa pintu kebaikan: Puasa itu memelihara akan diri daripada kejahatan, sedekah tu memadami kejahatan sebagaimana air memadami api dan bahawa sembahyang lelaki pada keheningan malam, kemudian ia membaca firman ALLAH yang bermaksud: berenggang lambungnya dari tempat tidurnya hingga selesai amalannya.

Kemudian bertanya lagi kepada aku: Tidakkah aku telah khabarkan kepada engkau dari hal segala pekerjaan, tiangnya dan punca sibuknya, kataku: ya..Telah engkau khabarkan kepada aku. Berkata Rasulullah SAW: Kepala segala pekerjaan itu ISLAM, tiangnya sembahyang dan punca sibuknya berperang.

Kemudian katanya lagi kepada aku: Bukankah telah aku ceritakan kepada engkau dari hal perkara yang boleh berkuasa atas tiga perkara yang tersebut itu. Kataku: Ya…Telah engkau ceritakan kepada aku. Setelah itu dipegang oleh Rasulullah akan lidahnya seraya berkata: Tahanlah lidah ini atas engkau, kataku wahai Nabi ALLAH, beroleh seksakah kami dengan apa-apa yang dicakapkan oleh lidah kami? Maka sahutnya: Hai kiranya tiadalah kamu berjumpa dengan ibu engkau! Tiadalah boleh manusia masuk neraka disebabkan muka atau hidungnya tetapi dengan kesalahan lidahnya sendiri.”
Hadith Riwayat At- Tarmizi.