Thursday, July 23, 2009

Tak da tempat lain ka?


Bismillahirrahmanirrahim...

FFM di UMS? Astaghfirullahalazhim....Tak da tempat lain ke? Banyak lagi hotel2 ke dewan2 di luar sana yang lebih sesuai untuk Anugerah Hiburan ni yang pastinya bukan matlamat sebenar UMS ditubuhkan...

Mana perginya golongan bijak pandai dan pemikir2 kemajuan masyarakat untuk masa depan? Membiarkan sahaja institusi yang mulia dan penuh berkat ini dihiasi dengan perkara-perkara yang kita telah sedia maklum..Keberkatan dan keredhaan ALLAH sangat penting dalam meraih ilmu yang datangnya dariNya..

Pertahankanlah kesucian institusi ini, wahai pihak yang bertanggungjawab..kami perlukan hak kami untuk terus mengekalkan institusi ini mulia serta penuh keberkatan...tolonglah..sekiranya dengan adanya penganjuran seperti ini lebih mendekatkan kita kepada keberkatan dan keredhaan ALLAH, amat digalakkan sangat2 namun FFM bukan seperti itu...buatlah di tempat lain yang lebih sesuai..agar perkara ini tidak dianggap perkara biasa..kerana ini akan menggalakkan lagi perkara-perkara seumpamanya dibuat di sini pada masa akan datang...

Kita khuatir akan datang kemurkaan ALLAH dalam bentuk yang kita tidak sangka2 kerana berani mencabarNya secara terang-terangan..astaghrifullah...hentikanlah rancangan tersebut dan carilah tempat lain...carilah jalan penyelesaian yang lebih bijaksana dan dengan pandangan mata hati dan akal serta bukan pandangan nafsu semata-mata...

INILAH lontaran pendapat yang penuh pengharapan, harap maaf andai tidak serasi namun inilah yang dirasai dan protes dari lubuk hati MAHASISWI...takutlah pada AZAB ILAHI(na'uzubillah min dzalik)..

Wallahu'alam..

Tuesday, July 21, 2009

carilah ilmu yang lebih mendekatkamu kepada Allah

Bismillahirrahmanirrahim..

Ketahuilah wahai manusia yang ingin mendapat curahan ilmu, yang betul-betul berharap dan sangat haus kepadanya, bahawa jika engkau menuntut ilmu untuk tujuan bersaing, berbangga, mengalahkan teman sekeliling, meraih simpati orang dan mengharap dunia, maka sesungguhnya engkau sedang berusaha menghancurkan agamu, membinasakan dirimu dan menjual akhirat dengan dunia.

Jika niat dan maksudmu dalam menuntut ilmu untuk mendapat hidayah, bukan sekadar mengetahui riwayat, maka bergembiralah. Sesungguhnya para malaikat membentangkan sayapnya untukmu saat engkau berjalan dan ikan-ikan paus di laut memintakan ampuan bagimu ketika engkau berusaha. Tapi engkau harus tahu terlebih dahulu bahawa hidayah merupakan buah dari ilmu pengetahuan. Hidayah memiliki permulaan dan akhir serta aspek lahir dan batin.

Nabi SAW telah bersabda, "Siapa yang bertambah ilmu tetapi tidak bertambah hidayah, ia hanya bertambah jauh dari ALLAH." Juga hadith Nabi SAW yang bermaksud," Orang yang paling keras seksanya di akhirat adalah orang alim yang ilmunya tidak ALLAH berikan manfaat padanya." Nabi SAW berdoa: "Ya ALLAH, aku berlindung kepadamu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari amal yang tidak diterima dan dari doa yang tidak didengar."

Sabda Nabi SAW,"Di malam aku melakukan Israk, aku melewati sekelompok kaum yang bibir mereka digunting dengan gunting neraka. Lalu aku bertanya: Siapa kamu? Mereka menjawab: Kami adalah orang-orang yang memerintahkan kebaikan tetapi tidak melakukannya dan mencegah keburukan tetapi kami sendiri mengerjakannya."

Ketahuilah bahawa dalam menuntut ilmu, manusia terbahagi 3 golongan:
1. Seseorang yang menuntut ilmu digunakan sebagai bekal untuk akhirat dimana ia hanya ingin mengharap redha ALLAH dan negeri akhirat. Ini termasuk kelompok yang beruntung.

2. Seseorang yang menuntut ilmu digunakan dan dimanfaatkan untuk dunia sehingga boleh memperoleh kemuliaan, kedudukan dan harta. Ia tahu dan sedar bahawa keadaannya lemah dan niatnya hina.

Orang ini termasuk ke dalam kelompok yang berisiko. Jika ajalnya tiba sebelum sempat bertaubat, yang dikhuatirkan adalah pengakhiran yang buruk (Su' al-khatimah) dan keadaannya sangat berbahaya. Tapi jika ia sempat bertaubat sebelum ajal tiba, lalu berilmu dan beramal serta menutupi kekurangan yang ada, maka ia termasuk orang yang beruntung pula kerana orang yang bertaubat dari dosanya seperti orang yang tidak berdosa.

3. Seseorang yang terpedaya oleh syaitan. Ia perguankan ilmunya sebagai alat untuk memperbanyakkan harta secara haram, serta untuk berbangga dengan kedudukannya dan menyombongkan diri. Ilmunya menjadi tumpuan untuk meraih sasaran duniawi. Malahan, dia masih merasakan dirinya mempunyai posisi khusus di sisi ALLAH kerana ciri-ciri pakaian dan kepandaian perbicaraannya seperti ulama padahal ia begitu tamak kepada dunia secara lahir dan batin.

Orang dari kelompok ketiga ini termasuk golongan yang binasa, dungu dan tertipu. Dia tidak bertaubat kerana beranggapan dirinya termasuk orang baik. Kerosakan yang ditimbulkan oleh perbuatannya lebih banyak daripada kebaikan yang disebabkan oleh ucapannya kerana biasanya orang bodoh mencintai dunia setelah melihat si alim cinta pada dunia. Ilmu pengetahuan yang dimilikinya menjadi faktor yang menyebabkan para hamba ALLAH berani bermaksiat padaNya. Nafsunya yang bodoh tertipu, tapi masih memberi angan-angan dan harapan padaNya.

Nafsu tersebut membuatnya beranggapan bahawa dia lebih baik berbanding hamba ALLAH yang lain. Maka jadilah engkau termasuk golongan yang pertama. Waspadalah agar tidak menjadi golongan kedua kerana betapa ramai orang yang menunda-nunda, ternyata ajalnya tiba sebelum bertaubat sehingga akhirnya rugi dan kecewa. Lebih dari itu, waspadalah! Jangan engkau menjadi golongan ketiga kerana engkau betul-betul akan binasa, tidak mungkin selamat dan bahagia.

Ketahuilah bahawa Hidayah bermula dari ketakwaan lahirian dan berakhir dengan ketakwaan batiniah. Tidak ada balasan kecuali dengan takwa dan tidak ada hidayah kecuali bagi orang-orang yang bertakwa. Takwa adalah ungkapan yang mengandung makna melaksanakan perintah ALLAH SWT dan meninggalkan larangan-laranganNya. Lahiriah dari takwa ialah amalan ketaatan, menghindarkan maksiat dan menjaga pergaulan sesama. Itu semua merangkumi hubungan antara hamba dan Khaliq serta makhlukNya. Jika engkau merasakan hal itu sesuai dengan dirimu, kemudian engkau condong serta ingin melakukannya, bererti ALLAH telah memercikkan cahaya iman ke dalam hatimu dan melapangkan dadamu.

Sedarilah bahawa permulaan ini mempunyai akhir dan sebaliknya yang mempunyai pelbagai rahsia, pengetahuan dan hal-hal yang tersingkap. Syaitan laknatullah berusaha menjerumuskanmu dan membuatmu lupa terhadap tempat kembalimu. Ketahuilah bahawa milikmu yang berada di tempatmu tidak betul-betul murni menjadi milikmu kerana semuanya akan dikembalikan kepada ALLAH jua akhirnya..ingatlah selalu.

(Permulaan hidayah-0leh imam Al-Gahazali)

Nasihat seorang guru..


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t..


Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH swt kerana dengan izinNya, kita masih diberi peluang untuk merasai nikmat IMAN dan ISLAM yang merupakan anugerah terbesar kepada hamba-hambaNya, Alhamdulillah..Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w atas segala sumbangan dan pengorbanan baginda bersama ahli keluarga baginda, para sahabat dan para mujahidin di seluruh dunia sama ada yang masih hidup ataupun yang syahid di jalanNya, Syukran jazilan...


Sedikit perkongsian yang ana petik dari sebuah buku, dalam tajuk kecil bertajuk nasihat seorang guru..mudah-mudahan ada sedikit manfaat daripadanya terutama untuk diri ini serta perkongsian untuk semua sahabat perjuangan...


"Anakku! Seluruh nasihat orang-orang terdahulu dan sekarang telah terkandung dalam ucapan Rasulullah SAW yang tertulis untuk seluruh manusia. Setiap nasihatnya memiliki faedah yang sempurna, salah satunya hadith berikut: "Tanda kebencian Allah kepada seorang hamba adalah dengan menyibukkanya kepada sesuatu yang tidak berguna, meskipun persoalan yang menghabiskan sebahagian usianya tersebut tidak pantas dikerjakan. Sehingga sudah selayaknya jika kerugiannya akan semakin memanjang. Barangsiapa telah melampaui usia empat puluh tahun, tapi kebaikannya tidak mengalahkan keburukannya, maka bersiap-siaplah menuju neraka. " Anakku! Memberi nasihat itu mudah, tapi untuk menerima dan mengamalkannya sangatlah sulit. Sebab bagi mulutnya (orang yang hidupnya untuk nafsu) terasa sangatlah pahit. Sementara hal-hal yang dilarang umumnya sangat disukai, terutama orang yang mencurahkan keinginannya dalam menuntut ilmu untuk memperoleh pengakuan, keutamaan, kemahiran dan sebagainya, agar mendapat kemegahan dan kemuliaan duniawi. Kita berlindung kepada ALLAH dari sikap semacam ini. Sebab tujuan mereka adalah memperoleh ilmu tanpa keinginan mengamalkannya. Mereka tidak menyedari bahawa ilmu tersebut akan menjadi bukti yang memberatkannya. Imam Ahmad dan Baihaqi meriwayatkan dari Manshur bin Zadzan, dia berkata, " Telah sampai sebuah riwayat kepada kami bahawa orang alim yang tidak mahu memanfaatkan ilmunya akan diteriaki oleh penduduk neraka kerana bau busuk tubuhnya. Penghuni neraka bertanya kepadanya, "Hai orang kotor, apa yang telah kamu lakukan, kamu telah menyeksa kami dengan bau busukmu. tidakkah kamu tahu, sudah cukup seksaan dan keburukan yang menimpa kami ini?" Orang alim itu menjawab,:"Dulu aku adalah orang alim, tapi ilmuku tidak bermanfaat."

Anakku! Hendaknya kamu tidak menjadi orang yang bankrup dari amalan dan kosong dari Al- Ahwal (riyadhah) serta makna-makna yang agung. Yakinilah dengan seyakin-yakinnya, bahawa ilmu sahaja takkan boleh menolongmu di hari kiamat kelak. Hal ini akan menjadi jelas bagimu dengan tamsil..Bukanlah kamu telah tahu, jika seorang pendekar yang sedang berjalan di tempat sepi dengan membawa sepuluh pedang, belati dan panah yang sangat tajam, tiba-tba bertemu seekor singa. Apakah senjata-senjata tersebut boleh menolongnya jika tanpa dipergunakan? Dengan pasti kamu akan menjawab tidak bermanfaat, sehingga dia menggunakannya. Ketahuilah mendapatkan ilmu dan mengumpulkan kitab-kitab yang banyak tidak akan mendatangkan faedah untukmu selama kamu tidak mempergunakannya. Anakku! Jika kamu tidak bersiap-siap untuk menyambut rahmat ALLAH yang Maha Agung dengan amal soleh, maka rahmat tersebut tidak akan sampai kepadamu.
Anakku! Jadikan seluruh keadaan dan ucapanmu sebagai hal yang diperintahkan serta selaras dengan syariah dan yakinlah bahawa jalan menuju ALLAH tidak akan boleh kamu tempuh dengan amalan yang tidak diperintahkan, kecuali jika kamu menuju dengan bermujahadah. Jika kamu mengaku boleh sampai ke jalan tersebut dengan memperlihatkan ucapan lembut, kekosongan hari dan waktu (dari amalan duniawi) dan kefasihan lidah, sementara qalbu tetap melekat kepada syahwat dan kelalaian maka hal itu merupakan tanda kecelakaan dan kesesatan. Jika kamu tidak menundukkan nafsu dan keinginan dengan jalan mujahadah serta menjadikannya patuh di bawah syarak, maka qalbu tidak akan hidup dengan cahaya makrifat.

Kerosakan yang ditimbulkan oleh perbuatannya lebih banyak daripada pembaikan yang disebabkan ucapannya. Kerana biasanya orang bodoh mencintai dunia setelah melihat si alim cinta pada dunia. Ilmu pengetahuan yang dimilikinya, menjadi faktor yang menyebabkan para hamba beranai bermaksiat padaNya. Nafsunya yang bodoh tertipu, tapi masih berangan-angan dan harapan padaNya. Bahkan, ia mengajaknya untuk mempersembahkan sesuatu untuk ALLAH dengan ilmunya.
Nafsu tersebut membuatnya beranggapan bahawa ia lebih baik dibandingkan dengan makhluk ALLAH yang lain. Maka dari tu, jadilah engkau termasuk golongan yang pertama. Waspadalah agar tidak menjadi golongan kedua kerana betapa ramai orang yang menunda-nunda, ternyata ajalnya tiba sebelum bertaubat sehingga akhirnya rugi dan kecewa. Lebih dari itu, waspadalah! Jangan sampai engkau menjadi golongan ketiga kerana engkau betul-betul akan binasa, tidak mungkin selamat dan bahagia.

Apabila engkau bertanya: "Apa permulaan dari hidayah tersebut sehingga aku boleh menguji diriku dengannya?" Maka ketahuilah bahawa hidayah bermula dari ketakwaan lahiriya dan berakhir dengan ketakwaan batiniah. Tidak ada balasan kecuali dengan takwa dan tidak ada hidayah kecuali bagi orang-orang bertakwa.

(Al-Ghazali)

Berilah nasihat dan teguran pada diri ini seandainya terdapat salah dan silap..
Tiada daya dan kekuatan melainkan dari ALLAH..
Semuanya akan kembali pada ALLAH jua..
Walahu 'alam..
Wassalam..