Friday, January 28, 2011

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat ALLAH SWT kerana dgn izin dan kasih sayangNya jua, dapatlah ana menatap blog ana dan mengisi perkongsian sebagai nasihat dan peringatan untuk diri ana terutama dan sahabat2 yang sudi menjenguk ruangan ringkas dan sederhana ini..

Pada ana, walaupun ana tidaklah sehebat dan sepakar sahabat2 lain dalam teknologi canggih sebegini, ana perlu juga untuk berkongsi walaupun sedikit sebagai salah satu usaha ana untuk saham akhirat..insyaALLAH..

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda serta seluruh pejuang-pejuang ISLAM dulu, kini dan selamamya hingga ke hari kiamat..


Untuk kali ni, insyaALLAH, ana nak kongsikan ringkasan mengenai tabarruj dan ikhtilat (percampuran dan pergaulan) yang ana dapat dari seorang ulama wanita mesir yang beliau petik dari Dr. Abdul Karim Zaidan, PhD Baghdad.Mungkin kita sudah sedia maklum tentang perkara ini, maka jadikanlah ia sebagai nasihat bersama..

Menurut beliau..
1. Tabarruj bererti wanita menunjukkan dan memperagakan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki dan merangsang keinginan mereka. ALLAH SWT telah berfirman dalam Surah Al-Ahzab, ayat 32-33 yang bermaksud," Wahai isteri2 Nabi..Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik. Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-oirang jahiliah dahulu, dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah ALLAH dan RasulNya. Sesungguhnya ALLAH bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlulbait dan membersihkan kamu sebersih2nya."

2. Tabarruj yang diharam ialah:
-Tabarruj di luar rumah dengan berhias bukan untuk suami.
-Mendedahkan muka dengan tujuan merangsang keinginan dan syahwat lelaki.
-Bersolek dan berhias berlebihan.
-Menggunakan alat2 solek/make-up.
-Mempercantikkan bibir, alis dan pipi(mempercantikkan raut muka).
-Fesyen-fesyen yang berlebih2an.

3. Ciri pakaian syar'ie wanita ialah:
-Pakaian mestilah meliputi seluruh tubuh wanita.
-Pakaian mestilah longgar dan tidak nipis.
-Bukan pakaian yang mempunyai niloai untuk bermegah-megah dengannya.
-Tidak menyerupai pakaian lelaki.
-Kemas, smart dan ceria dibolehkan.
-Memperlihatkan barang perhiasan diri.Perhiasan yang dibenarkan ialah membersihkan diri dari segala aspek, termasuk membersih sesuatu yang fitrah.Hukum berhias adalah harus selagi ia tidak termasuk ke dalam istilah tabarruj.

4. Tabarruj juga termasuk:
-Bersolek dengan merubah sifat semulajadi.
-Mencabut atau dengan apa jua cara untuk menghilangkan bulu muka. Dibolehkan untuk suami sahaja.
-Mencabut dan membentuk alis. Dibolehkan untuk suami.
-Memerahkan muka. Dibolehkan untuk suami.
-Rambut palsu, wangian berlebihan, celak berlebihan. Dibolehkan untuk suami.

IKHTILAT
1. Bermaksud pergaulan:bercampur antara wanita dan lelaki ajnabi di satu tempat yang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap dan berinteraksi.

2. Tiada nas yang melarang pergaulan. Namun, terdapat beberapa tegahan kepada wanita dalam berikhtilat dengan lelaki ajnabi. Antaranya ialah:
-Wanita bermusafir sendirian tanpa mahram.
-Berkhalwat antara wanita dengan lelaki ajnabi.
-Berjalan beriringan dengan lelaki ajnabi.
-Beberapa hukum khusus untuk wanita dalam ibadat haji.

3. Terdapat beberapa pengecualian kerana keperluan:
-Pergaulan atas sebab darurat.
-Pergaulan atas tujuan muamalah.
-Pergaulan untuk tujuan melaksanakan tugas-tugas kehakiman.
-Pergaulan menunaikan kesaksian.
-Pergaulan atas tugas penguatkuasa undang-undang.
-Pergaulan atas tujuan menghormati tetamu di rumah.
-Pergaulan untuk tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama.
-Pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja syar'ie dengan syarat hukum-hukum Islam lain dipenuhi.
-Pergaulan dalam melakukan kerja-kerja jihad.
-Pergaulan untuk tujuan mendengar ceramah dan ilmu.
-Pergaulan atas sebab kebiasaan dan teradat yang tidak bercanggah dengan syara'. Dalam Kitab Muwatta' oleh Imam Malik, disebutkan, " Wanita (boleh) makan bersama lelaki apabila kebiasaan teradat wanita makan bersama-sama lelaki.
-Pergaulan semasa menziarahi keluarga terdekat dan teman handai pada majlis-majlis tertentu, maka dalam majlis yang sama dengan syarat memelihara adab sopan keislaman dan hukum-hukum Islam.

4. Pergaulan wanita dengan lelaki dalam satu majlis bersama. Ada dua pendapat:
-Pendapat pertama tidak boleh kerana hadis mengenai pengaduan kaum wanita di zaman Rasulullah tentang kelebihan kaum lelaki mendapatkan ilmu, lantas Rasulullah memperuntukkan satu masa belajar khusus bagi wanita.
-Pendapat kedua boleh kerana pergaulan untuk tujuan muamalah dibolehkan, maka pergaulan untuk menuntut ilmu dibolehkan selagi suasana menuntut ilmu jauh dari fitnah.Pengkhususan satu majlis seperti pendapat pertama bukan kerana larangan pergaulan lelaki dan wanita semasa menuntut ilmu, tetapi kerana kaum wanita sentiasa banyak halangan untuk keluar bersama Rasulullah tidak seperti kaum lelai yang sentiasa berpeluang berbuat demikian. Oleh itu, wanita perlu dikhususkan satu masa bersama Rasulullah SAW.

5. Keharusan dalam pergaulan ini hendaklah disertai dengan iltizam yang bersungguh-sungguh , hukum, adab dan tatasusila Islam..
-Menjaga aurat.
-Tidak bertabarruj.
-Tidak mengangkat suara dengan tinggi.
-Tidak bermanja-manja dan melembut-lembutkan suara secara sengaja dengan niat ingin menarik perhatian.
-Menundukkan pandangan, bukan mata galak, bukan curi pandang.
-warak, tapi bukan warak-warak kucing.

Alhamdulillah, demikianlah sedikit perkongsian sebagai usaha kita untuk menambah ilmu dan kefahaman kita agar kita dapat beramal dengan amalan yang soheh dan dengan kefahaman yang betul..Mungkin terdapat perbezaan pendapat dikalangan ulama kontemporari dan mengikut suasana semasa. Apa-apapun, kita cuba melaksanakan perintah2 ALLAH yang jelas hukumnya namun kaedah pelaksanaannya berubah mengikut keperluan.

Ana sememangnya tidak layak untuk memperkatakan tentang soal ini kerana ana juga mempunyai banyak kelemahan dan seringkali melakukan kesilapan, namun apa yang ana kongsikan ini,mudah2an memberi manfaat kepada kita biarpun sedikit.Juga sedikit usaha ini mendapat keberkatan dan diterima di sisiNya, ameen.

Wallahu'alam..

Friday, January 14, 2011

Hidup ini adalah perjuangan

Bismillahirranirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan izinNya, ana diberi ruang dan peluang untuk menjenguk laman inspirasi ana yg dh lama bersawang..

Astaghfirullahal'azhim..sudah lebih 6 bulan ana meninggalkan medan dakwah yang penting ini di atas kelemahan dan kesilapan diri mengurus kehidupan dan cabaran yang dihadapi..Terdapat juga kekangan dan halangan yang tidak dapat dielakkan dan mohon agar difahami dan dimengerti..bukan disalahertikan..

Sememangnya ALLAH pasti menguji seseorang hambaNya mengikut apa yang diperkatakannya dan ditulisnya...

Astaghfirullahal'azhim..sememangnya diri ini teramatlah kerdil dan lemah mengenangkan betapa ana tidak mampu menghadapi ujian ALLAH lantaran terlalu banyaknya dosa dan cela pada diri serta kurangnya persiapan untuk menempuhi hari2 yang mendatang..

Hari demi hari yang ditempuh sememangnya menduga keimanan, kefahaman, keupayaan dan kemampuan seseorang hamba yang sememangnya bersifat lemah, pelupa dan lalai..

Iman yang lebih nipis daripada kulit bawang ini pun terasa perlu dipertahankan dan dipelihara agar sentiasa dalam peliharaan dan keredhaan ALLAH walau apa pun cabarannya..

Sememangnya hidup ini adalah sebuah perjuangan..

Hendak meneruskan sebuah kehidupan yang penuh ranjau berduri dan liku-liku yang sentiasa menanti dihadapan sentiasa dalam redha dan kasih sayang ALLAH sememangnya tidak semudah yang disangka..

Setinggi mana pun ilmu kita, sehebat manapun kita dalam berkata-kata dan bergerak kerja, bukan jua penentu seratus peratus kemampuan kita menempuh kehidupan yang pastinya penuh cabaran dan ujian ciptaan ALLAH yang Maha Hebat dan Berkuasa..ALLAH berfirman dan Surah Al-Ankabut, 2-3, yang bermaksud," Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya mengatakan, Kami telah beriman sedangkan dia belum diuji? Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka ALLAH pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."

Di situ, kita akan merasa betapa kita ini sebenarnya hanyalah seorang hamba ALLAH yang masih banyak kelemahan dan kekurangan, kesalahan dan kesilapan, serta dosa-dosa..akuilah bahawa kita ini hamba yang berdosa dan lemah..pagi dalam keadaan mengingati ALLAH, petang pula melupai ALLAH..sekejap kita mampu bertahan dan sekejap kita rasa tidak mampu bertahan dengan ujian dariNya...

Ujian pula ada bermacam jenis, kesenangan mahupun kesusahan, kewangan, keluarga, kesihatan, harta benda, kerjaya dan sebagainya...tidak henti-henti menjenguk kita dengan sapaan mesra dan sinis..hutangnya yang keliling pinggang dan tidak habis-habis walaupun dah berpuluh-puluh tahun cuba dilangsaikan, isteri dan anak-anak di rumah yang memerlukan kos pembiayaan pelajaran, makanan dan keperluan -keperluan hidup yang lain sememangnya memberikan tekanan dan mencabar kemampuan seorang manusia yang terbatas kemampuannya..

Itu belum lagi dengan masalah dan tekanan di tempat kerja yang tidak dapat dinafikan merupakan kebiasaan dalam pekerjaan amatlah membimbangkan..Bimbang tidak dapat hadapi dengan bijaksana dan dalam iman yang boleh menyebabkan seseorang itu sanggup buat apa sahaja termasuk melakukan dosa-dosa semata-mata kerana kesempitan wang..

Ditambah pula dengan tekanan perasaan yang teruji apabila berhadapan dengan karenah manusia yang pelbagai ragam dan niat yang lain-lain, kadang-kadang menguji keyakinan, kepercayaan dan mendorong kita untuk lebih berhati-hati dan mungkin kurang mempercayai orang..Luaran memang nampak baik tapi di dalam, boleh jadi baik dan boleh jadi tidak..Sungguh menakutkan..dan merisaukan..siapa lagi yang kita boleh percaya selain ALLAH?

Namun begitu, hidup ini mesti diteruskan walau apa pun yang berlaku..inilah perjuangan untuk hidup dalam keredhaan dan meraih syurga ALLAH apabila hidup ini berakhir kelak..yang entah bila..boleh sahaja sekarang ataupun selepas ini..tiada seorang pun yang tahu melainkan ALLAH..

Kehidupan ini sememangnya memerlukan bimbingan AL-Quran dan As-sunnah, masyarakat sekeliling yang prihatin dan sanggup membantu, saling menguat dan menampung kekurangan serta berusaha meringankan masalah yang dihadapi malah terus memberi sokongan dan kasih sayang kerana kasih sayang merupakan kekuatan yang digeruni oleh Yahudi @ zionis laknatullah....Dan banyak lagi persiapan seseorang itu untuk menghadapi ujian dalam hidupnya..

Walaubagaimanapun, kita mesti berusaha mencari penyelesaian kepada masalah -masalah kita,cuba hadapi walau seberat mana sekalipun masalah dan dugaan tersebut, berazamlah untuk terus berusaha dan mohonlah pertolongan kepada ALLAH dan sahabat-sahabat, cubalah untuk hadapinya dengan setenang yang termampu..Bertaubatlah, hapuskanlah beban yang membelenggu dirimu, perbanyakkanlah zikrullah..Bersyukurlah dengan nikmat yang masih dianugerahkan kepadamu..Perbanyakkanlah bangun malam dan sujud pada Nya, tatapilah Al-Quran, al-Hadith dan kunjungilah majlis-majlis ilmu serta wujudkan persekitaran ISLAM yang meningkatkan kembali motivasi kita, semangat untuk hidup dan keimanan kita kepada rahmat dan kasih sayang ALLAH disebalik ujian yang diberi..

Perkongsian daripada seorang sahabiyah yang disayangi, yakinlah dengan sebenar-benarnya bahawa ada sesuatu untuk kita selepas ini apabila kita tabah dan sabar menempuhinya..

Dapat dari seorang sahabaiyah yang disayangi juga, katanya,kadang-kadang tidak semua apa yang kita buat itu akan berjaya dan mencapai seperti apa yang kita mahukan hatta para mujahidin Islam sendiri banyak kali gagal dalam strategi yang dirancang untuk menegakkan negara Islam...kalau tidak pernah gagal, tidak akan ada penambahbaikan dan kita akan terlupa untuk bangun..dan katanya lagi, orang yang bermujahadah memang sekejap menang dan sekejap kalah dengan mujahadahnya, tapi kalau kita sedar kita lemah, kita perlu cari penawar segera atau berhijrah kepada keadaan yang boleh tingkatkan semula iman kita.. Subhanallah..syukran jazilan atas peringatan dan nasihat itu, sbg tanda kasih sayang ALLAH yang mengilhamkan untuk perkongsian bersama..

ALLAH SWT telah berfirman dalam Surah AL-Baqarah, 286 yang bermaksud, "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya..Berdoalah: Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau menyalahkan kami jika kami terlupa atau kami tersalah, Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu dari kami, Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmatMu kepada kami..Engkaulah sebaik-baik penolong kami, maka tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.."


Kemudian, Surah At-Talaq ayat 2-3, yang bermaksud, "...dan sesiapa yang bertaqwa kepada ALLAH (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada ALLAH, maka ALLAH cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya ALLAH tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya.ALLAH telahpun menentukan kadar dan masa bagi setiap sesuatu."

"Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengatauhi zahir dan batinku...Sesungguhnya tidak ada satupun urusanku yang tersembunyi dariMu..Ya ALLAH, aku adalah hambaMu yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang meminta dan memohon pertolongan, hamba yang takut yang minta dikasihani, yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosa kepadaMu ya ALLAH, aku memohon kepadaMu sebagaimana memeohonnya si miskin, aku berdoa kepadaMu sebagimana orang yang berdosa yang amat hina, aku memohon kepadaMu seperti seorang penakut lagi buta juga seperti berdoanya orang yang menundukkan jiwanya dan merendahkan wajahnya kepadaMu.."

" Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon petunjuk yang baik dariMu dengan ilmu Mu, aku meminta kekuatan dariMu dengan kekuatanMu, aku memohon dariMu kelabihan Mu yang banyak. Sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa sedangkan aku tidak. Engkau Maha Mengetahui bahkan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya ALLAH, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa ini dan akan datang, maka tentukannya untukku dan permudahkanlah ia. Ya ALLAH, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa ini dan akan datang maka elakkanlah dariku dan tentukanlah untukku kebaikan di mana sahaja aku berada. Sesungguhnya Engkaulah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu."

" Ya ALLAH ya Tuhan kami, kami memohon taufiq daripada MU sebagaimana orang-orang yang telah Engkau berikan petunjuk dan mohon dijadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin. Jadilkanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat. Jadikanlah juga keazaman kami sepertimana orang-orang yang sabar, gementar kami sepertimana orang-orang yang takut kepadaMu. Kami mohon kepadaMu sepertimana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat sepertimana ibadat orang-orang yang wara' dan jadikan pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam golongan orang-orang yang takut kepadaMu.."

"Ya ALLAH, jadikanlah kami golongan yang takut kepadaMu yang menghalang kami dari melakukan maksiat sehingga kami beramal dengan taat kepadaMu sebagaimana amalan yang kami merasa perlu mendapat keredhaan Mu dan juga sehingga kami benar-benar ikhlas dan bertawakal kepada Mu dalam setiap perkara. Ya ALLAH, kami memohon supaya menjadi orang yang berbaiksangka terhadapMu, Maha Suci Engkau Ya ALLAH, Engkaulah sebaik-baik pencipta.."

"Ya ALLAH, ya Tuhanku, berilah rahmat dan kesejahteraan keatas penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga baginda sebagaimana Engkau memberikan rahamt dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Ibrahim dan keatas keluarga baginda. Berkatilah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan keatas keluarga baginda. Pada seluruh alam sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji lagi Maha Tinggi"

Ameen Ya Rabbal 'alamin..


Semoga sedikit perkongsian kecil ini memberikan manfaat kepada diri ana terutama dan dikongsikan bersama dan menjadikan kita hamba ALLAH yang lebih dicintaiNya, insya ALLAH..

Wallahu'alam...