Friday, February 11, 2011

Bicara pertuturan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan izinNya, dapat jua diri ini melawat laman2 inspirasi sahabat2..syukran jazilan atas perkongsian yang bermanfaat dari semua..Mudah2an segala usaha kalian termasuk diri ini mendapat nilai di sisi ALLAh, ameen..

Kebolehan berbicara merupakan nikmat ALLAH yang begitu besar kepada seseorang manusia. Setiap perbicaraan adalah hasil luahan daripada hati seseorang yang menunjukkan apa yang ada dalam fikirannya. Dalam berbicara juga, seharusnya tidak menimbulkan rasa marah, tidak puas hati, saling menyalahkan, menghina, memaki hamun, mencaci, mencarut, mengeluarkan kata-kata kotor, mengutuk, mengumpat sehingga mengaibkan sesama Islam.

Kadang-kadang kita tidak menyedari mungkinkah kita telah tersilap dalam berbicara.. Islam meminta umatnya mengawal dalam mengadakan perbicangan dan perdebatan, setiap pandangan yang benar hendaklah diterima dan dihormati. Sebaliknya, jika pandangan itu salah hendaklah diperbetul dan ditegur secara baik. Kaedah pertuturan juga hendaklah menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kejahatan, mengungkapkan percakapan dengan cara yang sopan dan berhikmah supaya kata-kata mereka mendapat perhatian dan menarik pendengarnya..kesilapan kita dalam menggunakan kaedah berhikmah hanya menyebabkan penyakit2 masyarakat jauh daripada peradaban Islam.

Amalan memfitnah, memburuk-burukkan orang lain, menghina, mengejek dan mencarut hanya akan memberi kesan negatif kepada kejiwaan pelaku dan penerima. Ini merupakan warisan sifat2 iblis dan tidak layak dimiliki oleh seseorang yang bergelar muslim. Amalan ini juga mencacatkan usaha-usaha dakwah malah mengagalkannya sama sekali. Seseorang muslim yangselalu mengamalkan sifat2 demikian bukan sahaja berdosa malah mencemar kesucian Islam serta akan melahirkan umat Islam yang tidak bersatu padu dan berpecah belah.

Maka, peliharalah pertuturanmu agar dirimu selamat dan lebih baik dapat menyelamatkan..jagalah dirimu dengan akhlak-akhlak Islam, nescaya dirimu sentiasa dalam keredhaan..insyaALLAH..

Wallahu'alam..