Tuesday, July 21, 2009

Nasihat seorang guru..


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t..


Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH swt kerana dengan izinNya, kita masih diberi peluang untuk merasai nikmat IMAN dan ISLAM yang merupakan anugerah terbesar kepada hamba-hambaNya, Alhamdulillah..Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w atas segala sumbangan dan pengorbanan baginda bersama ahli keluarga baginda, para sahabat dan para mujahidin di seluruh dunia sama ada yang masih hidup ataupun yang syahid di jalanNya, Syukran jazilan...


Sedikit perkongsian yang ana petik dari sebuah buku, dalam tajuk kecil bertajuk nasihat seorang guru..mudah-mudahan ada sedikit manfaat daripadanya terutama untuk diri ini serta perkongsian untuk semua sahabat perjuangan...


"Anakku! Seluruh nasihat orang-orang terdahulu dan sekarang telah terkandung dalam ucapan Rasulullah SAW yang tertulis untuk seluruh manusia. Setiap nasihatnya memiliki faedah yang sempurna, salah satunya hadith berikut: "Tanda kebencian Allah kepada seorang hamba adalah dengan menyibukkanya kepada sesuatu yang tidak berguna, meskipun persoalan yang menghabiskan sebahagian usianya tersebut tidak pantas dikerjakan. Sehingga sudah selayaknya jika kerugiannya akan semakin memanjang. Barangsiapa telah melampaui usia empat puluh tahun, tapi kebaikannya tidak mengalahkan keburukannya, maka bersiap-siaplah menuju neraka. " Anakku! Memberi nasihat itu mudah, tapi untuk menerima dan mengamalkannya sangatlah sulit. Sebab bagi mulutnya (orang yang hidupnya untuk nafsu) terasa sangatlah pahit. Sementara hal-hal yang dilarang umumnya sangat disukai, terutama orang yang mencurahkan keinginannya dalam menuntut ilmu untuk memperoleh pengakuan, keutamaan, kemahiran dan sebagainya, agar mendapat kemegahan dan kemuliaan duniawi. Kita berlindung kepada ALLAH dari sikap semacam ini. Sebab tujuan mereka adalah memperoleh ilmu tanpa keinginan mengamalkannya. Mereka tidak menyedari bahawa ilmu tersebut akan menjadi bukti yang memberatkannya. Imam Ahmad dan Baihaqi meriwayatkan dari Manshur bin Zadzan, dia berkata, " Telah sampai sebuah riwayat kepada kami bahawa orang alim yang tidak mahu memanfaatkan ilmunya akan diteriaki oleh penduduk neraka kerana bau busuk tubuhnya. Penghuni neraka bertanya kepadanya, "Hai orang kotor, apa yang telah kamu lakukan, kamu telah menyeksa kami dengan bau busukmu. tidakkah kamu tahu, sudah cukup seksaan dan keburukan yang menimpa kami ini?" Orang alim itu menjawab,:"Dulu aku adalah orang alim, tapi ilmuku tidak bermanfaat."

Anakku! Hendaknya kamu tidak menjadi orang yang bankrup dari amalan dan kosong dari Al- Ahwal (riyadhah) serta makna-makna yang agung. Yakinilah dengan seyakin-yakinnya, bahawa ilmu sahaja takkan boleh menolongmu di hari kiamat kelak. Hal ini akan menjadi jelas bagimu dengan tamsil..Bukanlah kamu telah tahu, jika seorang pendekar yang sedang berjalan di tempat sepi dengan membawa sepuluh pedang, belati dan panah yang sangat tajam, tiba-tba bertemu seekor singa. Apakah senjata-senjata tersebut boleh menolongnya jika tanpa dipergunakan? Dengan pasti kamu akan menjawab tidak bermanfaat, sehingga dia menggunakannya. Ketahuilah mendapatkan ilmu dan mengumpulkan kitab-kitab yang banyak tidak akan mendatangkan faedah untukmu selama kamu tidak mempergunakannya. Anakku! Jika kamu tidak bersiap-siap untuk menyambut rahmat ALLAH yang Maha Agung dengan amal soleh, maka rahmat tersebut tidak akan sampai kepadamu.
Anakku! Jadikan seluruh keadaan dan ucapanmu sebagai hal yang diperintahkan serta selaras dengan syariah dan yakinlah bahawa jalan menuju ALLAH tidak akan boleh kamu tempuh dengan amalan yang tidak diperintahkan, kecuali jika kamu menuju dengan bermujahadah. Jika kamu mengaku boleh sampai ke jalan tersebut dengan memperlihatkan ucapan lembut, kekosongan hari dan waktu (dari amalan duniawi) dan kefasihan lidah, sementara qalbu tetap melekat kepada syahwat dan kelalaian maka hal itu merupakan tanda kecelakaan dan kesesatan. Jika kamu tidak menundukkan nafsu dan keinginan dengan jalan mujahadah serta menjadikannya patuh di bawah syarak, maka qalbu tidak akan hidup dengan cahaya makrifat.

Kerosakan yang ditimbulkan oleh perbuatannya lebih banyak daripada pembaikan yang disebabkan ucapannya. Kerana biasanya orang bodoh mencintai dunia setelah melihat si alim cinta pada dunia. Ilmu pengetahuan yang dimilikinya, menjadi faktor yang menyebabkan para hamba beranai bermaksiat padaNya. Nafsunya yang bodoh tertipu, tapi masih berangan-angan dan harapan padaNya. Bahkan, ia mengajaknya untuk mempersembahkan sesuatu untuk ALLAH dengan ilmunya.
Nafsu tersebut membuatnya beranggapan bahawa ia lebih baik dibandingkan dengan makhluk ALLAH yang lain. Maka dari tu, jadilah engkau termasuk golongan yang pertama. Waspadalah agar tidak menjadi golongan kedua kerana betapa ramai orang yang menunda-nunda, ternyata ajalnya tiba sebelum bertaubat sehingga akhirnya rugi dan kecewa. Lebih dari itu, waspadalah! Jangan sampai engkau menjadi golongan ketiga kerana engkau betul-betul akan binasa, tidak mungkin selamat dan bahagia.

Apabila engkau bertanya: "Apa permulaan dari hidayah tersebut sehingga aku boleh menguji diriku dengannya?" Maka ketahuilah bahawa hidayah bermula dari ketakwaan lahiriya dan berakhir dengan ketakwaan batiniah. Tidak ada balasan kecuali dengan takwa dan tidak ada hidayah kecuali bagi orang-orang bertakwa.

(Al-Ghazali)

Berilah nasihat dan teguran pada diri ini seandainya terdapat salah dan silap..
Tiada daya dan kekuatan melainkan dari ALLAH..
Semuanya akan kembali pada ALLAH jua..
Walahu 'alam..
Wassalam..

No comments: