Monday, February 16, 2009










Pintu Kebaikan dan Petunjuk Taqwa

“Telah diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal r.a maka katanya : Hai Rasulullah, khabarkanlah aku amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada neraka.

Sahutnya: Bahawasanya telah engkau tanyakan kepada aku pekerjaan yang amat besar sekali tetapi amat mudah atas siapa-siapa yang berolah kurnia daripada ALLAH Ta’ala. Maka hendaklah engkau sembah ALLAH dan janganlah engkau memepersekutukan dengan suatu apapun. Dirikanlah sembahyang 5 waktu, bayarkan harta zakat, puasa di Bulan Ramadhan dan pergilah naik haji kepada Baitullah.

Kemudian katanya lagi: Bukankah telah aku tunjukkan kepada engkau beberapa pintu kebaikan: Puasa itu memelihara akan diri daripada kejahatan, sedekah tu memadami kejahatan sebagaimana air memadami api dan bahawa sembahyang lelaki pada keheningan malam, kemudian ia membaca firman ALLAH yang bermaksud: berenggang lambungnya dari tempat tidurnya hingga selesai amalannya.

Kemudian bertanya lagi kepada aku: Tidakkah aku telah khabarkan kepada engkau dari hal segala pekerjaan, tiangnya dan punca sibuknya, kataku: ya..Telah engkau khabarkan kepada aku. Berkata Rasulullah SAW: Kepala segala pekerjaan itu ISLAM, tiangnya sembahyang dan punca sibuknya berperang.

Kemudian katanya lagi kepada aku: Bukankah telah aku ceritakan kepada engkau dari hal perkara yang boleh berkuasa atas tiga perkara yang tersebut itu. Kataku: Ya…Telah engkau ceritakan kepada aku. Setelah itu dipegang oleh Rasulullah akan lidahnya seraya berkata: Tahanlah lidah ini atas engkau, kataku wahai Nabi ALLAH, beroleh seksakah kami dengan apa-apa yang dicakapkan oleh lidah kami? Maka sahutnya: Hai kiranya tiadalah kamu berjumpa dengan ibu engkau! Tiadalah boleh manusia masuk neraka disebabkan muka atau hidungnya tetapi dengan kesalahan lidahnya sendiri.”
Hadith Riwayat At- Tarmizi.








2 comments:

Asyraf said...

Luahan perasaan Cikgu Panji
http://zawahil-nor.blogspot.com/
Sejak akhir-akhir ini saya perasan sangat-sangat
Kedua ibubapa saya sudah terlalu uzur
Sudah hilang kudrat dan tenaga
Masa sakit, pening, demam lebih panjang daripada masa sihat
Saya perhatikan kedua-duanya semakin kurus
Makin banyak urat dan tulang yang timbul
Merah muka mereka telah berganti pucat
Tiada lagi boleh disebut makanan kegemaran
Pada mereka semuanya tidak membuka selera
Tiada lagi kudrat untuk berdiri lama
Tiada lagi tenaga untuk berjalan jauh
Ya Allah, kasihanilah mereka
Berkatilah hidup mereka
Bahagiakanlah hidup mereka dunia akhirat
Amin.

Hamba ALLAH said...

Salam takziah di atas ujian yang menimpa.Walaubagaimanapun, ujian adalah sebagai tanda kasih dan sayang ALLAH pada kita agar kita lebih mendekatkan diri padaNya.Curahkanlah sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka selagi mereka masih hidup.Tanpa mereka tiadalah kita di bumi ini. Jadikanlah ujian yang menimpa ini sebagai pengajaran betapa hidup di dunia ini hanyalah sementara dan setiap yang bermula pasti ada akhirnya kecuali Yang Maha Esa.Gunakanlah usia muda, tenaga, kesihatan, harta, masa malah nyawa kita yang ada ini sebaik-baiknya mengikut syariat yang ditentukan ALLAH dan berjuang menegakkan agamaNya dalam setiap aspek kehidupan agar kita mendapat redha dan kasih sayang ALLAH di akhirat kelak.Setiap ibu bapa sememangnya menginginkan anak-anak soleh solehah yang bakal mendoakan mereka sebagai bekalan di akhirat kelak.Jadilah sebaik-baik manusia (khairu ummah) seperti dalam Surah Ali-Imran ayat 110 agar hidup kita di dunia ini lebih bermakna. Sesungguhnya setiap titik peluh, nyawa dan darah kita adalah milik ALLAH.