Monday, October 13, 2008

Ingatlah wahai diri...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kasih sayangNya, kita masih diberi peluang untuk menghirup udara dan merasai nikmat yang tidak terhingga yang telah dikurniakan Allah kepada seluruh makhluk di langit dan di bumi. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat baginda, tabi' tabiin serta para pejuang Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, semoga sentiasa berada di bawah lingkungan kasih sayangNya.
Setelah sekian lama tidak meluangkan masa lantaran kelemahan diri mengatur hidup, ana ingin mencari sedikit ruang dan peluang untuk berkongsi serba sedikit pengisian untuk kita bersama renung-renungkan dan ambil pengajaran darinya.
Ana terbaca sebuah artikel dari sebuah laman web...
Isinya begini...

Seorang gadis kecil bertanya pada ayahnya, "Abi ceritakan padaku tentang Akhwat sejati?".Sang ayah pun menoleh sambil kemudian tersenyum, "Anakku..... "Seorang akhwat sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di baliknya. Akhwat sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya. Akhwat sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang ia berikan tetapi dari keikhlasan ia memberikan kebaikan itu. Akhwat sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Akhwat sejati bukan dilihat dari kebolehannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara. Sang ayah diam sejenak lalu melihat ke arah putrinya. "Lantas apa lagi Abi?", sahut putrinya."Ketahuilah putriku ..." Akhwat sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya. Akhwat sejati bukan dilihat dari kekhawatirannya digoda orang di jalan tetapi dilihat dari kekhawatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda. Akhwat sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauhmana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur."Dan ingatlah ..."
Akhwat sejati bukan dilihat dari sifat peramahnya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauhmana ia dapat menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.
Setelah itu sang anak kembali bertanya, "Siapakah yang dapat menjadi kriteria seperti itu, Abi?"Sang ayah memberikannya sebuah buku dan berkata,"Pelajarilah mereka!" Sang anak pun mengambil buku itu dan terlihatlah sebuah judul "Isteri Rasulullah".

Itulah antara artikel yang menarik perhatian ana untuk diamati. Terlalu jauh dan mungkin tidaklah layak bagi diri ini jika hendak dibandingkan dengan makhluk Allah tersebut, masyaAllah...indahnya makhluk ciptaanMu itu. Para isteri Rasulullah dan puteri-puteri baginda memiliki nilaian iman dan akhlak yang tinggi serta menjadi sayap kiri perjuangan baginda berserta isteri-isteri pejuang dan muslimat yang lain. Sumbangan dan pengorbanan mereka untuk Islam tidak dapat dipertikaikan lagi malahan tidak mampu ditandingi oleh sesiapa pun selepas mereka. Namun jauh di sudut hati ini ingin mempelajari dan mencontohi mereka semua serta menjadi pencetus motivasi untuk diri ini terus teguh di jalan perjuangan yang sememangnya amat pahit dan perit untuk ditempuhi. Lantaran naif dan jahilnya diri ini dalam semua aspek, sokongan dan dorongan serta bimbingan dan tunjuk ajar amat diharapkan malah bantuan dari sahabat-sahabat perjuangan dalam memperbaiki dan memantapkan diri amat dihargai namun yang lebih penting keteguhan hati ini dalam menerima dan mengamalkan apa yang diperoleh adalah yang lebih baik. Semuanya kembali bergantung kepada keinginan dan kesedaran diri untuk berubah malah teruji secebis iman dan setitik ilmu yang ada dalam diri. Tanggungjawab dan peranan adalah melebihi masa yang ada dan keupayaan diri. Sesungguhnya tiada daya dan upaya walau sedikitpun kecuali semuanya adalah atas izin dan bantuan dari Allah Yang Maha Agung...Apa yang mampu dilakukan oleh seorang hamba Allah yang lemah dan hina ini hanyalah berusaha sedaya yang termampu membuat yang terbaik mengikut syariat yang telah ditetapkan dalam Islam dan menjadi seorang hamba ALLAH yang bertaqwa kepadaNya. Keteguhan hati, hidayah dan inayahNya amat didambakan dalam merealisasikan harapan dan impian ini.
Semoga apa yang dititipkan ini bukan hanya setakat luahan namun dapat dijadikan peringatan dan pesanan buat diri ini yang sering leka dan alpa serta sebagai perkongsian bersama...dalam meneruskan langkah menelusuri kehidupan dunia yang hanya mimpi-mimpi indah dan sementara sedangkan akhirat itu lebih baik dan kekal, semoga dapat diambil pengajaran dan iktibar...Ada sebahagian nukilan dipetik hasil perkongsian dari sahabat-sahabat yang pada ana molek disebarkan sebagai peringatan bersama...

Tidak adakah satu detik, atmamu berbisik?
Suara hatimu meronta menidakkan noda itu
Walau pada zahir ia kelihatan cantik
Tapi nafas dosa itu tetap bergema di hati
Fitrah sucimu mengungkapkan bahawa
Satu kesalahan itu pastinya dosa
Satu kesucian itu perlu dipelihara
Sedarlah jiwa, bangkitlah jiwa!
Rungkaikan segala dosa itu!

Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam,
kita dizalimi,
hak kita dicerobohi,
kita ditanam hidup-hidup,
tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam,
tiada nilaian dimata adam, k
ita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka.
Tapi kini bila rahmat Islam menyelubungi alam bila sinar Islam berkembang,
darjat kita diangkat,
maruah kita terpelihara,
kita dihargai dandipandang mulia,
dan mendapat tempat di sisi Allah
sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.
Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan Islam itu?
Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya,
kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya
dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?
Wahai Hawa,
Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia,
sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia
dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah,
kau bisa menggegar dunia
dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan
pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.
Tapi hawa,
jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki
dengan lembut tuturmu,
dengan ayu wajahmu,
dengan lenggok tubuhmu.
Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.
Jangan Hawa,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu.
Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu,
kerana khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah
Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan
kerana wanita adalah jala syaitan,
alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.
Hawa,
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat keduaibubapamu,
andai engkau sudah bersuami
jadilah isteri yangmeringankan beban suamimu,
andai engkau seorang ibu
didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-dinAllah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau akan jodohmu,
ingatlah hawa janji tuhan kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yangbaik.
Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seoranglelaki,
jangan memakai pakaian yangmenampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya.
Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki
yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turunke hati,
dari senyuman membawa ke salam,
dari salam cenderung kepada pertemuan
dan dari pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelakiyang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya,
kemanjaannya,
serta kemampuannya mengoncang iman mereka.
Tetapi hawa,
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya,
dan ad-dinnya.
Lelaki yangbaik tidak menginginkan sebuah pertemuan
dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut menberi kesempatan
pada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta
sebabnya dia tahu apa matlamat
dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita
yakni perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu,
jagalah pakaianmu,
jagalah akhlakmu,
kuatkan pendirianmu.
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu,
biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.
Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang
kerana kau akan memperolehi cinta
dari insan yang juga menyintaiAllah.
Cintailah kedua ibubapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.
Hawa,
Ingatanku yang terakhir,
biarlah tangan yang menggoncang buaian ini
bisa menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi.
Jangan sesekali tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam.

Pesanlah selalu pada diri,
Jaga diri hiasi peribadi,
Jaga iman jaga hati,
Martabatkan Islam duniawi untuk menuju ukhrawi

Moga redha Allah sentiasa mengiringi perjalanan kita semua menuju syahid, ameen...

No comments: