Showing posts with label perbaiki diri.... Show all posts
Showing posts with label perbaiki diri.... Show all posts

Saturday, March 12, 2011

Teruskanlah perjalanan hidupmu






Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga ke hadrat ALLAH swt kerana dengan izinNya, ana masih diberi peluang untuk mencari ruang dan kesempatan untuk mengisi laman inspirasi dan medan muhasabah buat ana terutama...insyaALLAH...

Alhamdulillah, syukur pada ALLAH atas kasih sayang ini..syukur pada ALLAH atas peluang yang diberikan..syukur pada ALLAH atas ruang yang diberikan..syukur pada ALLAH atas pilihanNya..

Syukran jazilan kepada ibu yang mengandung dan melahirkan ke bumi, syukran jazilan kepada bapa yang berjuang mencari rezeki penerus kehidupan, syukran jazilan kepada para guru, pendidik dan mereka yang telah memberikan ilmu pengetahuan dan bimbingan selama ini, syukran jazilan kepada sahabat-sahabiah yang sudi menerima diri ini menjadi sahabat kalian seadanya dan memimpin tangan ini bersama di jalan ini..

Syukur apabila diberi peluang menemui kebenaran ISLAM.. syukur apabila diberi peluang merasai nikmat IMAN..syukur apabila diberi peluang berada di jalan perjuangan ini namun terasa diri ini masih belum berjuang.. belum ada sumbangan apa-apa untuk ISLAM..seringkali beralasan, ada halangan, ada kekangan dan sebagainya..Astaghfirullahalazhim..apakah jawapan yang akan diberikan di akhirat kelak?

Rasulullah saw telah bersabda," Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa2 yang disinari matahari." (Riwayat At-Tabrani)

Kita masih belum terlambat..dan tidak pernah terlambat selagi nafas masih belum berhenti berdenyut..ruang untuk memberi sumbangan pada ISLAM masih terbuka luas..juga sebagai tanda kasih sayang ALLAH kepada setiap hambaNya..ALHAMDULILLAH..

Indah kalam Rasul Junjungan
Mengajar erti perjuangan
Perlukan keteguhan azam
Istiqamah tetap pendirian
Jangan mudah terhalang
Janji ALLAH pasti datang

Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya
Rasul bermadah lagi
Satu janji, satu aspirasi
Islam takkan dapat ditandingi
Cuma yang belum pasti
Adakah kita tinggi peribadi?
Untuk memikul amanah suci
Bagi merebut pandangan Ilahi
Sebagai jiilil Quran yang tersendiri

"ALLAH lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang yang berkehendak (kepadaNya) dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu)dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu."

Ayat ALLAH cukup menggentarkan
Dia tidak teragak-agak membuat tapisan
Buat hambaNya yang bermalas-malasan
Sentiasa mencipta alasan
Liat dengan dakwah dan peningkatan
Mahu diketuk berterusan
Tidak menjadikan penggeraknya iman
Cinta ALLAH dibuat khayalan
Bimbang kelak diri akan terbuang
Daripada jalan dakwah, penuh ujian
Dibiarkan ALLAH dengan keasyikan
Tertipu dengan jalan kehancuran

Ketahuilah
ALLAH memelihara jalanNya
Agar disusuri hati yang bersih
Sarat ketakwaan
Merindui wajahNya
Jua keredhaan
Itulah jiwa insan pejuang
Bimbangilah
Daripada memiliki jiwa munafik
Bertopeng ketaatan...

(Tautan Hati; Fatimah Syarha, 2007)

Dalam buku La Tahzan, Dr 'Aidh bin Abdullah al-Qarni menyatakan, "Jangan bersusah hati sebab ia hanya akan membuatmu lemah dalam beribadah, malas untuk berjihad, putus harapan dan mengheret untuk berburuk sangka. Jangan berduka cita sebab rasa sedih dan susah hati ialah akar kepada pelbagai penyakit jiwa, punca penyakit jiwa, punca penyakit saraf, penghancur jiwa, dan penyebar keraguan serta kebimbangan."

Namun, kita sebagai manusia biasa pasti melakukan kesilapan, pasti mempunyai kemampuan yang terbatas, pasti ada kelemahan dan kekurangan..Kita bukanlah manusia ma'sum yang tiada dosa dan noda umpama Rasulullah SAW, kita juga bukan para sahabat Rasulullah dan para pejuang-pejuang silam, bukan juga Ummahatul Mukminin Khadijah, Aisyah, Fatimah, Asiyah, Maryam dan mujahidah bunga Islam terdahulu..cuma, kita boleh berusaha untuk menjadi seperti mereka, mencontohi keperibadian mereka, menjadikan sirah perjuangan silam sebagai panduan kehidupan kita selepas kitabullah..

Nasihat seorang sahabat, ujian dan amanah diberikan kepada hambaNya yang mampu menghadapi ujian dan amanah tersebut, cuma perlu bersabar dan berusaha sehabis baik dan yang termampu biarpun sedikit tapi berterusan..insya ALLAH..kerana itu lebih baik daripada berputus asa dan meninggalkan semuanya..Semua yang kita hadapi adalah proses tarbiyah dari ALLAH dan dunia ini memang diciptakan sebagai ujian kepada setiap hambaNya agar kita sentiasa berharap dan meminta kepadaNya..juga agar kita melakukan muhasabah yang berterusan, membuat penilaian dan analisis dan ada usaha penambahbaikan untuk melakukan yang lebih baik selepas ini..

Memang sukar tugas membawa manusia mengenal ALLAH sehingga terasa meletihkan sekali..bebannya berat, kadangkala rasa tidak terpikul di bahu...Pengorbanan hati, perasaan, masa, tenaga dan harta perlu dilakukan..semuanya dilabur demi saham Ilahi..Semoga segala amalan diterima..itulah tujuan kita diciptakan, sebagai Khalifah ALLAH di muka bumi ini dengan seiring usaha dakwah dan pengabdian kepadaNya..mudah2an..

Sesungguhnya ALLAH sekali-kali tidak akan menyanggahi janjiNya.. Semoga kita menjadi seorang muslim dan mukmin yang tabah dan cekal menghadapi apa jua rintangan, cabaran, mehnah, onak dan duri dalam kehidupan di dunia yang sementara ini demi kebahagiaan abadi di akhirat kelak..insyaALLAH..

Indahnya hidup ini
Andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan ALLAH
Bertunjangkan ilmu dan kebenaran
Bersulam akhlak penuh menawan
Bertatahkan ukhuwah dan kasih sayang

Buat sahabat2 perjuangan, diri ini memerlukan sokongan dan pertolongan dari kalian untuk bersama-sama memikul amanah berat ini..
Tolong maafkan diri ini di atas segala kelemahan, kekurangan dan kejahilan diri ini..
Tolong maafkan diri ini di atas keterlanjuran dan kesilapan yang mengguris perasaan..
Tolong bantu diri ini untuk terus memikul amanah ini..
Tolong bantu diri ini untuk terus berada di jalan ini..
Tolong ingatkan dan nasihatkan..
Tolong ajarkan..
Tolong doakan..

Friday, January 28, 2011

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat ALLAH SWT kerana dgn izin dan kasih sayangNya jua, dapatlah ana menatap blog ana dan mengisi perkongsian sebagai nasihat dan peringatan untuk diri ana terutama dan sahabat2 yang sudi menjenguk ruangan ringkas dan sederhana ini..

Pada ana, walaupun ana tidaklah sehebat dan sepakar sahabat2 lain dalam teknologi canggih sebegini, ana perlu juga untuk berkongsi walaupun sedikit sebagai salah satu usaha ana untuk saham akhirat..insyaALLAH..

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda serta seluruh pejuang-pejuang ISLAM dulu, kini dan selamamya hingga ke hari kiamat..


Untuk kali ni, insyaALLAH, ana nak kongsikan ringkasan mengenai tabarruj dan ikhtilat (percampuran dan pergaulan) yang ana dapat dari seorang ulama wanita mesir yang beliau petik dari Dr. Abdul Karim Zaidan, PhD Baghdad.Mungkin kita sudah sedia maklum tentang perkara ini, maka jadikanlah ia sebagai nasihat bersama..

Menurut beliau..
1. Tabarruj bererti wanita menunjukkan dan memperagakan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki dan merangsang keinginan mereka. ALLAH SWT telah berfirman dalam Surah Al-Ahzab, ayat 32-33 yang bermaksud," Wahai isteri2 Nabi..Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik. Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-oirang jahiliah dahulu, dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah ALLAH dan RasulNya. Sesungguhnya ALLAH bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlulbait dan membersihkan kamu sebersih2nya."

2. Tabarruj yang diharam ialah:
-Tabarruj di luar rumah dengan berhias bukan untuk suami.
-Mendedahkan muka dengan tujuan merangsang keinginan dan syahwat lelaki.
-Bersolek dan berhias berlebihan.
-Menggunakan alat2 solek/make-up.
-Mempercantikkan bibir, alis dan pipi(mempercantikkan raut muka).
-Fesyen-fesyen yang berlebih2an.

3. Ciri pakaian syar'ie wanita ialah:
-Pakaian mestilah meliputi seluruh tubuh wanita.
-Pakaian mestilah longgar dan tidak nipis.
-Bukan pakaian yang mempunyai niloai untuk bermegah-megah dengannya.
-Tidak menyerupai pakaian lelaki.
-Kemas, smart dan ceria dibolehkan.
-Memperlihatkan barang perhiasan diri.Perhiasan yang dibenarkan ialah membersihkan diri dari segala aspek, termasuk membersih sesuatu yang fitrah.Hukum berhias adalah harus selagi ia tidak termasuk ke dalam istilah tabarruj.

4. Tabarruj juga termasuk:
-Bersolek dengan merubah sifat semulajadi.
-Mencabut atau dengan apa jua cara untuk menghilangkan bulu muka. Dibolehkan untuk suami sahaja.
-Mencabut dan membentuk alis. Dibolehkan untuk suami.
-Memerahkan muka. Dibolehkan untuk suami.
-Rambut palsu, wangian berlebihan, celak berlebihan. Dibolehkan untuk suami.

IKHTILAT
1. Bermaksud pergaulan:bercampur antara wanita dan lelaki ajnabi di satu tempat yang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap dan berinteraksi.

2. Tiada nas yang melarang pergaulan. Namun, terdapat beberapa tegahan kepada wanita dalam berikhtilat dengan lelaki ajnabi. Antaranya ialah:
-Wanita bermusafir sendirian tanpa mahram.
-Berkhalwat antara wanita dengan lelaki ajnabi.
-Berjalan beriringan dengan lelaki ajnabi.
-Beberapa hukum khusus untuk wanita dalam ibadat haji.

3. Terdapat beberapa pengecualian kerana keperluan:
-Pergaulan atas sebab darurat.
-Pergaulan atas tujuan muamalah.
-Pergaulan untuk tujuan melaksanakan tugas-tugas kehakiman.
-Pergaulan menunaikan kesaksian.
-Pergaulan atas tugas penguatkuasa undang-undang.
-Pergaulan atas tujuan menghormati tetamu di rumah.
-Pergaulan untuk tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama.
-Pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja syar'ie dengan syarat hukum-hukum Islam lain dipenuhi.
-Pergaulan dalam melakukan kerja-kerja jihad.
-Pergaulan untuk tujuan mendengar ceramah dan ilmu.
-Pergaulan atas sebab kebiasaan dan teradat yang tidak bercanggah dengan syara'. Dalam Kitab Muwatta' oleh Imam Malik, disebutkan, " Wanita (boleh) makan bersama lelaki apabila kebiasaan teradat wanita makan bersama-sama lelaki.
-Pergaulan semasa menziarahi keluarga terdekat dan teman handai pada majlis-majlis tertentu, maka dalam majlis yang sama dengan syarat memelihara adab sopan keislaman dan hukum-hukum Islam.

4. Pergaulan wanita dengan lelaki dalam satu majlis bersama. Ada dua pendapat:
-Pendapat pertama tidak boleh kerana hadis mengenai pengaduan kaum wanita di zaman Rasulullah tentang kelebihan kaum lelaki mendapatkan ilmu, lantas Rasulullah memperuntukkan satu masa belajar khusus bagi wanita.
-Pendapat kedua boleh kerana pergaulan untuk tujuan muamalah dibolehkan, maka pergaulan untuk menuntut ilmu dibolehkan selagi suasana menuntut ilmu jauh dari fitnah.Pengkhususan satu majlis seperti pendapat pertama bukan kerana larangan pergaulan lelaki dan wanita semasa menuntut ilmu, tetapi kerana kaum wanita sentiasa banyak halangan untuk keluar bersama Rasulullah tidak seperti kaum lelai yang sentiasa berpeluang berbuat demikian. Oleh itu, wanita perlu dikhususkan satu masa bersama Rasulullah SAW.

5. Keharusan dalam pergaulan ini hendaklah disertai dengan iltizam yang bersungguh-sungguh , hukum, adab dan tatasusila Islam..
-Menjaga aurat.
-Tidak bertabarruj.
-Tidak mengangkat suara dengan tinggi.
-Tidak bermanja-manja dan melembut-lembutkan suara secara sengaja dengan niat ingin menarik perhatian.
-Menundukkan pandangan, bukan mata galak, bukan curi pandang.
-warak, tapi bukan warak-warak kucing.

Alhamdulillah, demikianlah sedikit perkongsian sebagai usaha kita untuk menambah ilmu dan kefahaman kita agar kita dapat beramal dengan amalan yang soheh dan dengan kefahaman yang betul..Mungkin terdapat perbezaan pendapat dikalangan ulama kontemporari dan mengikut suasana semasa. Apa-apapun, kita cuba melaksanakan perintah2 ALLAH yang jelas hukumnya namun kaedah pelaksanaannya berubah mengikut keperluan.

Ana sememangnya tidak layak untuk memperkatakan tentang soal ini kerana ana juga mempunyai banyak kelemahan dan seringkali melakukan kesilapan, namun apa yang ana kongsikan ini,mudah2an memberi manfaat kepada kita biarpun sedikit.Juga sedikit usaha ini mendapat keberkatan dan diterima di sisiNya, ameen.

Wallahu'alam..

Saturday, October 18, 2008

perbaiki diri

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t...

Sekadar perkongsian...dipetik dari artikel yang dapat dari sahabat...Semoga beroleh manfaat darinya...

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata:Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :" Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat."Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya :" Tanyalah apa yang engkau kehendaki "Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim. Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya. Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil. Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik. Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah. Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisiAllah. Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imankuBaginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik).Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akantermasuk golongan muhsini. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat. Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat. Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa. Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa. Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya. Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya. Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamatBaginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamatDia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosakuBaginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamuDia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusiaBaginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusiaDia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusiaBaginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri ( tawakkal ) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusiaDia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNyaBaginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka. Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat. Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya. Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku. Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya. Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat. Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat. Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan. Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala ). Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan. Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang. Dia berkata: Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?Baginda S.A.W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah. Telah berkata Imam Mustaghfirin:" aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaatselain hadis ini....Wassalam
"Kesempurnaan diri muslim" - Hadis Munthahharah.Mudah-mudahan bermanfaat untuk ana dan kita semua, sebagai pengajaran, peringatan dan teladan kerana kita insan yang lemah.