Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t...
Sekadar perkongsian...dipetik dari artikel yang dapat dari sahabat...Semoga beroleh manfaat darinya...
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata:Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :" Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat."Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya :" Tanyalah apa yang engkau kehendaki "Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim. Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya. Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil. Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik. Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah. Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisiAllah. Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imankuBaginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik).Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akantermasuk golongan muhsini. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat. Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat. Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa. Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa. Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya. Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya. Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamatBaginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamatDia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosakuBaginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamuDia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusiaBaginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusiaDia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusiaBaginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri ( tawakkal ) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusiaDia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNyaBaginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka. Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat. Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya. Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku. Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya. Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat. Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat. Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan. Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala ). Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan. Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang. Dia berkata: Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?Baginda S.A.W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah. Telah berkata Imam Mustaghfirin:" aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaatselain hadis ini....Wassalam
"Kesempurnaan diri muslim" - Hadis Munthahharah.Mudah-mudahan bermanfaat untuk ana dan kita semua, sebagai pengajaran, peringatan dan teladan kerana kita insan yang lemah.
No comments:
Post a Comment