Monday, June 29, 2009

Rabithah







Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Hayatilah lirik lagu ini...


Sesungguhnya Engkau tahu

Bahawa hati ini telah berpadu

Berhimpun dalam naungan cintaMU

Bertemu dalam ketaatan

Bersatu dalam perjuangan

Menegakkan syariat dalam kehidupan


Kuatkanlah ikatanNya

Kekalkanlah cintaNya

Tunjukilah jalan-jalanNya

Terangilah dengan cahayaMu

Yang tidak pernah malap
ya Rabbi bimbinglah kami


Lapangkanlah dada kami

Dengan karunia iman

Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dalam ma'rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela


Dipetik dari BADAR SMAKK 1430 dan radio IKIM

"Bersungguh Aplikasi Daulat Ajaran Rabbani"


Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan hanya sekadar ketawa
Adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai air mata
Bersyukur pada orang yang menyakitimu kerana dia yang menabahkanmu

Bersyukur pada orang yang tidak mengendahkanmu kerana dia memupukmu berdikari
Bersyukur pada orang yang menjatuhkanmu kerana dia memperhebatkan kemampuanmu Bersyukur pada orang yang menyeksamu kerana dia ingin menguji kesabaran dan ketabahanmu

Tika titis air mata jatuh ke bumi
Biarlah hanya ALLAH yang mengetahui

Kerana hanya Dia penyembuh luka dan pemberi bahagia kepada hati dan naluri

Sedikit yang bermanfaat lebih baik daripada banyak yang melalaikan

Ujian ALLAH datang kerana kasihNya kepada hambaNya agar iman terus meningkat

Hati semakin dekat dan jiwa lebih akrab denganNYA

Jika ketenangan yang dicari
ALLAH akan terus uji kita
Hingga pada satu masa kita akan rasa
Indahnya Tawakal padaNya
Dan itulah nikmat Ketenangan
Dalam jagaanNya

Hati itu ibarat berlian yang bergemerlapan
Dan setiap ukhuwah yang terjalin adalah penguat sinarnya

Maka simpanlah setiap satunya dalam hatimu

Mengertilah bahawa

Hidup ini tak pernah sepi

Dan kita punya teman yang tak kan menyepi

Semoga ukhuwah yang dibina dengan lafaz Bismillah

Hanya akan diakhiri dengan lafaz Innalillah


Ameen Ya Rabbal 'alameen

Maafkanlah diri ini atas segala kekurangan

No comments: