Sunday, August 5, 2012
Muhasabah Ramadhanku
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga diucapkan kepada ALLAH SWT, Tuhan pentadbir sekalian alam...Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad, kepada ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi' tabiin dan seluruh umat Islam yang masih berpegang teguh kepada ajaran baginda...
Sedikit perkongsian sempena Ramadhan yang mulia ini, berkenaan KPI (Key Performance Indeks) yang telah ditetapkan oleh ALLAH untuk kita amalkan bersama, insya ALLAH...
1. Mematuhi perintah wajib berkenaan puasa.
2. Mematuhi larangan semasa berpuasa.
3. Meninggalkan larangan haram yang asas dalam Islam.
4. Memperbanyakkan ibadah sunat dalam bulan Ramadhan.
5. Banyak bersedekah termasuk menjamu berbuka orang yang berpuasa.
6. Menjauhi amalan yang membatalkan pahala puasa.
7. Melepasi ujian ALLAH semasa berpuasa.
8. Mencapai taqwa.
Berdasarkan KPI ini, marilah kita menilai sejauh mana KPI yang telah kita capai sepanjang Ramadhan yang kita lalui. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan penuh rasa ketakwaan kepada ALLAH, nescaya diampuni dosanya yang telah lalu." (Muttafaq'alaih).
Beruntunglah mereka yang berpuasa atas dasar iman kepada ALLAH. ALLAH akan menilainya dengan syurga dan keampunan.
solusi 34
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ze382 hugo boss canada,fjällräven deutschland,camperschuhe,guessfrancesac,buty jack wolfskin,camper uk shop,guess köpa sverige,blundstone herren,cotopaxibelgium sr485
Post a Comment