Friday, May 25, 2012
Kehidupan ini ketentuanNya jua
Bismillahirrahmanirahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Terdetik di hati ini untuk meneruskan coretan hati di laman kenangan yang sedikit sebanyak memberikan inspirasi pada diri ini untuk meneruskan hari-hari yang mendatang..
Bukan untuk menunjukkan kehebatan diri atau kelemahan diri kepada orang lain namun biarlah ianya menjadi guru yang mengajar erti kehidupan...biarpun sedikit, menyeronokkan, membosankan, dan sebagainya..biarkan ia berlalu dan bersedialah untuk yang akan datang...
Oleh yang demikian, kita sentiasa memerlukan petunjuk dan bantuan ALLAH agar kita dapat mencapai kejayaan yang sesuai dengan kehendak ALLAH dan keperluan peribadi... Kehidupan ini memang tidak sunyi daripada masalah sehingga tidak terlepas dari melakukan kesilapan...Orang yang beriman, menyerahkan urusannya kepada ketentuan ALLAH setelah berusaha sesungguhnya...Dia benar-benar yakin perkara yang dipilih dan ditentukan oleh ALLAH baginya adalah yang terbaik... Apabila ALLAH memudahkan urusan itu baginya, dia sedar terdapat kebaikan dalam urusan tersebut, sebaliknya apabila ALLAH menjauhkan ataupun menyukarkan urusan itu, dia juga sedar ada kebaikan dalam kegagalan itu...
ALLAH yang mengajar manusia tentang perkara yang tidak mereka ketahui. Hanya AALAH yang mampu memberi kekuatan, memberi petunjuk, membimbing dan memudahkan manusia mengatasi segala bentuk kesukaran. Disebabkan itu, kita wajib memohon kepadaNya... Dia yang Maha Mengetahui berkaitan perkara yang terbaik buat para hambaNya...
Apabila ALLAH memilihkan yang terbaik dengan ilmuNya, membantu dengan kekuatanNya dan memudahkan dengan kurniaNya, si hamba perlulah juga meminta supaya dirinya redha dengan pilihanNya.. Ini kerana ALLAH memilih yang terbaik baginya..Hanya ALLAH yang memiliki kurnia yang agung, menganugerahi, menguamakan dan memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya..Segala kesempurnaannya itu yang diperkukuh melalui hati dan ucapan semasa mengabdikan diri padaNya...
Pada masa yng sama juga,orang yang beriman itu juga perlu berusaha selaras dengan syariatNya...Dia juga peru berusaha dengan gigih dengan menggunakan segala cara yang ada yang dibenarkan syariat...
Demikianlah sedikit renungan buat diriku jua dikongsikan untuk tatapan bersama...
Semoga ianya bermanfaat untuk kita bersama,insya ALLAH....
Wassalam..
Saturday, May 19, 2012
Coretan Hati
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdulillah. syukur yang tidak terhingga ke hadrat ALLAH SWT kerana telah memberi sedikit kekuatan untuk mengisi ruang dan peluang yang ada menulis blog saya yang sudah lama menyepi...
Dengan rasa rendah hati dan rendah diri, saya memohon maaf diatas kelemahan saya mengemaskini blog ini...
Terasa kerdil diri ini bila mengenangkan kelemahan dan kekurangan ini yang tidak mampu mengamalkan apa yang telah dinukilkan sebelum ini... Mohon keampunan dari ALLAH, semoga tidak mendapat kemurkaanNya...
Setakat ini, saya hanya mampu memperbaiki diri dan menganalisis kemampuan diri yang terbatas dan kesalahan serta kesilapan lalu yang telah dilakukan sama ada sedar mahupun tidak...
Sesungguhnya setiap kenangan yang pernah hadir amat dihargai dan disyukuri kerana sesungguhnya semua yang berlaku adalah perjalanan hidup seorang hamba yang telah ditentukan oleh PenciptaNya yang terbaik untuk setiap hambaNya, insya ALLAH...
Seringkali diri ini diuji dengan cabaran dan dugaan yang silih berganti, namun semuanya adalah sebagai sapaan kasih sayang dan kemesraan daripada ALLAH yang merindui hambaNya...
Setelah sekian lama menyepi, terdetik hati ini untuk menilai sejauhmana ilmu yang diperolehi ketika belajar dahulu dapat menjadikan saya sebagai seorang manusia dan hamba ALLAH yang solehah? Risau juga sekiranya penilaian saya terhadap diri sendiri kini sebenarnya jauh terpesong dari kehendakNya, na'uzubillah...
Saya berharap sangat semoga sumbangan saya yang walaupun kecil sahaja ini mendapat nilaian yang besar di sisi ALLAH, insya ALLAH...
Kerja saya hanyalah sebagai seorang guru sementara di salah sebuah madrasah, alhamdulillah, memadai untuk kemampuan saya setakat ini..semoga ALLAH mempermudahkan semua urusan saya dan anda semua walau di bidang mana sekalipun untuk mencari keredhaan ALLAH...
Pengalaman yang diperolehi sepanjang diri ini menyepi diharap bukanlah alasan utama untuk saya melepaskan diri daripada tanggungjawab sebagai seorang islam, walaupun hanya di sekitar rumah dan madrasah...yakinlah bahawa biar sedikit tapi istiqomah itulah yang terbaik, insya ALLAH...Berhadapan dengan karenah adik2 yang comel ini sememangnya menyejukkan dan menyenangkan hati bagi saya yang baru berada di medan pendidikan kanak-kanak kecil..setelah menimba pengalaman di beberapa madrasah lain, kini saya serasi dengan madrasah ini..syukur alhamdullah..keluarga pun tidak mempunyai masalah sangat dengan kerja saya, jadi saya dapat menjalankan tugas saya dengan tenang, alhamdulillah...
Baiklah, saya nak kongsi sedikit pengalaman saya semasa di madrasah. Pada mulanya saya agak kekok dan tertekan dengan suasana baru di tempat kerja, biasalah, saya tidak mahir dalam mengurus pelajar kanak-kanak yang pelbagai karenah dan latar belakang..dan saya juga tidak pernah mengikuti kursus menjaga budak..
Namun, berkat keprihatinan adik saya yang juga mengajar di tempat yang sama, sahabat-sahabat dan ustazah di tempat kerja, mereka banyak memberi sokongan dan bimbingan kepada saya untuk meneruskan kerjaya saya ini...pengalaman yang sungguh berharga buat saya, alhamdulillah..
Berhadapan dengan kanak-kanak memang memerlukan kesabaran dan kemahiran yang tinggi agar kanak-kanak dapat dibimbing dan dibentuk dengan acuan terbaik, iaitu acuan Al-Quran..Memang bukan tugas yang mudah dan dalam masa yang singkat tapi memerlukan tempoh yang lama untuk melihat hasilnya, sebab itulah saya perlu belajar untuk mengajar dan mendidik serta membimbing dengan sabar,insya ALLAH...
Setakat itu dulu coretan hati untuk kali ini, walaupun tidak ada apa-apa namun bersyukurlah atas apa yang ada...
Mohon doa semua ya, semoga saya dapat menjadi seorang pendidik yang berjaya mendidik diri sendiri dan orang lain, amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)
